Soalan & jawapan

Ini ialah sambungan Safari yang boleh menyekat iklan dalam Safari sahaja, BUKANNYA dalam pelayar, aplikasi atau permainan yang lain. Jika boleh, gunakan versi web (cthnya., buka youtube.com dalam Safari).

Kadangkala, Safari tidak memuatkan semula penapis selepas membuat pengemaskinian. Sila semak jika sambungan aplikasi masih didayakan dalam Tetapan, kemudian paksa Safari untuk mulakan semula (keluar dan buka semula).

Tidak. Aplikasi menggunakan API Sekatan Kandungan yang rasmi daripada Apple - apalikasi ini membekalkan senarai peraturan sekatan kepada Safari tanpa sebarang akses kepada data pelayaran anda.

Apple mengehadkan satu sambungan kepada 50,000 peraturan sekatan - malangnya, itu tidak mencukupi untuk adblocker moden. Langkah membahagikan sambungan itu kepada 6 sambungan membenarkan aplikasi membekalkan Safari dengan hingga 300,000 peraturan.

Pada iOS/iPadOS, ketik pada 'aA' di bahagian kiri medan alamat dan pilih 'Matikan Penyekat Kandungan' untuk menghentikan sekatan buat sementara waktu.
Dalam menu yang sama, anda boleh pilih 'Tetapan tapak Web' dan nyahdayakan 'Gunakan Penyekat Kandungan' untuk menyahdayakan sekatan secara kekal.

Pada macOS, klik butang kanan tetikus di bahagian kanan medan alamat dan pilih 'Matikan Penyekat Kandungan' untuk menghentikan sekatan buat sementara waktu. Klik butang kanan tetikus pada medan alamat dan pilih 'Tetapan Tapak Web' dan nyahdayakan 'Dayakan Penyekat Kandungan'untuk menyahdayakan sekatan secara kekal.

iOS/iPadOS:
Ketik butang 'aA' di sebelah kiri medan alamat. Pilih 'Tetapan Tapak Web' dan matikan 'Guna Penyekat Kandungan'.
Untuk melihat dan menguruskan senarai, pergi ke Tetapan > Safari > Penyekat Kandungan.

macOS:
Klik kanan pada medan alamat, pilih 'Tetapan Tapak Web', dan nyahtanda 'Dayakan Penyekat Kandungan'.
Untuk melihat dan menguruskan senarai, pergi ke Safari > Pilihan > Tapak web > Penyekat Kandungan.

1. Pastikan Adblock Pro didayakan dalam Tetapan > Safari > Penyekat Kandungan (iOS) atau Keutamaan Safari > Sambungan (macOS).

2. Lancarkan Adblock Pro dan dayakan piliha yang disyorkan dalam tab yang pertama.

3. Semak senarai putih anda dan lihat jika tiada satu entri pun bagi tapak web yang dinyahsekat.

Jika itu tidak membantu, mulakan semula peranti anda dan ulang semula langkah di atas. Cuba berbilang tapak web dan bukan satu hanya halaman sahaja. Jika anda masih menghadapi masalah ini, sila maklumkan kepada kami.

Penyegerakan hanya disokong pada aplikasi versi 6.5 atau lebih baharu dan pada iOS 13 atau lebih baharu serta macOS Catalina (10.15) atau lebih baharu. Penyegerakan biasanya boleh mengambil masa hingga satu minit untuk disebarluaskan. Jika penyegerakan tersebut kelihatan tersekat, kadangkala langkah memulakan semula aplikasi boleh membetulkan masalah itu.

Untuk melaraskan dengan mudah tetapan setiap tapak web, anda boleh menambah butang tindakan aplikasi pada Safari. Pada iOS/iPadOS, ketik butang kongsi dalam Safari, tatal ke bawah sepenuhnya, ketik 'Sunting Tindakan...' dan tambah AdBlock Pro ke dalam senarai.

JavaScript merupakan bahasa istimewa yang digunakan supaya tapak web menjadi interaktif. Namun, kadangkala ciri boleh digunakan untuk memasukkan iklan atau menjejak anda dalam talian. Langkah mematikan ciri ini akan menghentikan kebanyakan fungsinya, tetapi mungkin juga menjejaskan kefungsian tapak web.

Top